Friday, July 27, 2012

Program Laluan Iqra’


Program  Laluan Iqra’ merupakan program rutin bagi Sekolah Menengah Kebangasaan Dato’ Mohd Taha. Kebaikan untuk menjalankan program ini adalah dapat menanam minat membaca dalam kalangan warga sekolah dan dapat membantu pelajar dalam akademik terutamanya dalam penulisan karangan. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pusat sumber sekolah.
Program ini dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pada setiap hari Isnin sebelum bermulanya perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada jam 7.15 pagi hingga 7.30 pagi di tapak perhimpunan.


Program Laluan Iqra’ dikendalikan oleh seorang guru dan dibantu oleh dua orang pengawas pusat sumber sekolah yang ditetapkan bertugas pada minggu tersebut. Artikel yang bersesuaian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan disediakan oleh guru yang bertugas sebagai bahan bacaan serta diedarkan pada jam 7.15pagi kepada semua pelajar dan guru.

Pelajar akan diberi masa selama 5 minit untuk membaca dan menghayati petikan yang didapati. Seterusnya, dua soalan akan dikemukan kepada pelajar menengah rendah dan dua soalan lagi disediakan untuk pelajar menengah atas untuk menjawab.

Hadiah akan diberi kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang tepat serta betul.

Thursday, July 26, 2012

Pelaksanaan Sistem Penggunaan Smart Card




              Meniti arus pembangunan zaman dan modenisasi, perpustakaan sekolah kita, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembahuruan , antaranya adalah dalam sistem peminjaman dan pemulangan buku. Sistem yang  menjadi penggantian dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah sistem penggunaan smart card.

Persiapan bagi menjayakan sistem penggunaan smart card ini telah dimulakan sejak tahun lepas, iaitu tahun 2011. Sebagai contoh sesi penggambaran bagi semua pelajar di mana yang telah digunakan sebagai gambar pada smart card masing-masing. Selain itu, pengawas-pengawas telah mengemaskinikan buku-buku yang terdapat di perpustakaan. Para pengawas telah memproseskan semua buku yang dengan memasukkan maklumat buku berkenaan ke dalam komputer dan meletakkan bar kod pada buku tersebut.

Selepas selesai mengemaskinikan semua buku, sistem ini pun mula digunakan sejak permulaan persekolahan tahun ini, tahun 2012. Sebelum pelaksanaan sistem ini secara rasminya, para pengawas telah diberi bengkel tentang sistem automasi oleh Encik Abdullah, pakar dalam bidang ini pada akhir tahun lepas. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa semua para pengawas adalah mahir dan memahami segala prosedur dalam pelaksanaan sistem ini selepas menghadirkan diri dalam bengkel ini.

Pada awal tahun 2012, ramai pelajar, tidak kira pelajar menengah atas ataupun menengah bawah, yang tertarik dengan sistem baru ini dan telah banyak mengunjungi perpustakaan. Dengan proses peminjaman buku yang dilakukan oleh mereka, mereka telah berjaya menunjukkan semangat prihatin terhadap sekolah dengan melibatkan diri dalam pembaharuan yang dilakukan dalam sekolah kita. Mereka telah memberi maklum balas yang positif terhadap sistem yang baru ini walaupun terdapat segelintir kesulitan yang kecil berlaku semasa proses peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.
Pelaksanaan sistem penggunaan smart card ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar dan para pengawas semasa menjalankan tugas. Hal ini demikian kerana proses peminjaman dan pemulangan buku menjadi senang dan memerlukan masa yang amat singkat sahaja. Dengan ini para pelajar tidak perlu beratur dengan menggunakan masa yang panjang sekiranya mereka ingin meminjam atau memulangkan buku. Secara tidak langsung, keadaan ini perpustakaan pun menjadi lebih teratur dan lebih berdisiplin kerana situasi bertambah senyap dan selesa.

Pelaksanaan sistem ini juga membolehkan pelajar mencuba dan merasai sistem peminjaman buku yang digunakan di kawasan bandar walaupun sekolah kita berada di kawasan luar bandar. Mereka dapat mengambil pengalaman yang berbeza walaupun tidak pernah pergi ke perpustakaan di kawasan bandar. Sistem ini membolehkan proses yang dijalankan di perpustakaan menjadi lebih sistematik dan tersusun. Kini, segala buku baru yang diberi telah boleh dimasukkan maklumat ke dalam komputer dengan mudah sekali dan segala proses untuk memproseskan buku baru menjadi cepat dan senang.

Pada masa yang sama, para pengawas telah belajar untuk bertugas dengan lebih bertanggungjawab. Hal ini demikian adalah masing-masing mengendalikan sistem ini dengan tepat sekali tanpa melakukan kesilapan. Masing-masing telah berjaya melibatkan diri dalam pembaharuan ini dan melakukan kerja masing-masing dengan amat berjaya. Selain itu, para pengawas pun bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasikan masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas, bak kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sistem ini telah digunakan dengan lancar sekali bawah pengawasan guru yang bertanggungjawab bagi unit pusat sumber, Cik Tuang Yoke Yong.

Akhir kata, sistem penggunaan smart card dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah pembaharuan yang amat positif. Kita harus memikul tanggungjawab untuk memastikan pembangunan yang dilakukan di sekolah kita dijalankan dengan lancar dari masa ke masa. Oleh itu, kita harus menggunakan sistem yang baru ini sebaik-baiknya.


Soo Xiang Yuan
5 Anggerik

Bulan Pusat Sumber



          Demi memupuk semangat suka membaca dalam kalangan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Mohd Taha di samping mewujudkan pelajar yang berilmu serta berbudi bahasa,ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah telah mengadakan bulan pusat sumber dengan kerjasama beberapa pihak yang lain seperti guru-guru dan para pelajar . Pelbagai aktiviti yang menarik serta dapat memberikan manfaat kepada para pelajar telah diadakan sepanjang bulan pusat sumber .
     
           Salah satu aktiviti menarik yang diadakan sempana bulan pusat sumber ialah pertandingan photografi .Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang keemasan yang dapat membekalkan ruangan kepada mereka untuk menunjukkan  perasaan cinta akan sekolah mereka,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha .Dalam pertandingan ini ,para pelajar dikehendaki membawa kamera sendiri ke sekolah untuk merakam tempat-tempat yang pelajar rasa signifikan di perkarangan sekolah .Tak kenal maka tak cinta .Setelah merakam serta mencetak gambar-gambar bangunan-bangunan serta infrastruktur  di sekolah , perasaan cinta akan sekolah telah lahir dalam hati setiap pelajar .Selepas itu ,pelajar perlu mencatatkan faktor mereka memilih tempat yang dirakam sebagai tempat yang paling bermakna bagi diri mereka .Pemenang pertandingan akan menerima hadiah yang disediakan oleh ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah .

          Teknik melukis peta minda merupakan salah satu cara belajar yang efektif dalam kalangan pelajar .Pelajar dapat megingati ilmu yang diajar oleh guru melalui cara membuat peta minda dan dapat mengulang kaji dengan lebih senang ,memandangkan nota-nota ringkas telah dilakarkan dalam bentuk gambar rajah serta ayat-ayat yang ringkas .Maka ,demi melatih pelajar agar mahir dalam membuat peta minda , sebuah pertandingan membuat peta mind telah diadakan sempana bulan pusat sumber .Sebuah pemahaman ringkas telah disediakan kepada para peserta untuk menterjemahkannya semula dalam bentuk peta minda .Selain mencatat semula isi-isi penting dalam pemahaman tersebut secara ringkas dan mudah difahami,peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan hasil mereka lebih menarik dengan melukis gambar-gambar ataupun  mewarnakannya.Setiap kelab diwajibkan menghantar tiga wakil dalam satu kumpulan untuk menyertai pertandingan yang membawa pelbagai kebaikan tanpa sebarang keburukan ini .
     
         Pelajar-pelajar dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri ke sekolah  apabila sebuah pertandingan melukis poster telah diadakan sebagai salah satu aktiviti sepanjang bulan pusat sumber .Pertandingan yang diadakan di kantin sekolah ini bertujuan untuk mencung kil bakat pelajar dalam bidang lukisan .Pelajar menengah atas dan menengah bawah diberikan tema lukisan yang berlainan .Tiga orang pelajar membentuk satu kumpulan untuk menyertai pertandingan ini .Maka ,selain member peluang kepada pelajar untuk membuktikan kebolehan masing-masing dalam seni,pertandingan ini turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar apabila pelajar yang terdiri  daripada kaum dan bangsa yang berlainan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghasilkan poster yang tercantik .Dalam konteks ini , gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh perdana menteri Malaysia mampu tercapai dengan wujudnya interaksi sesame pelajar .

           Tuntasnya,tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi .Tanpa kerjasama daripada semua pihak , aktiviti – aktiviti yang diadakan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat .Aktiviti-aktiviti yang diadakan telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk melahirkan golongan pelajar yang proaktif dan bermutu tinggi ,demi mencapai visi sekolah ,iaitu menjadikan sekolah contoh dalam kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2014.
     

GAN WAN CHEW
5 ANGGERIK

Pameran Buku 2012




Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengadakan pameran buku yang melibatkan semua pelajar sekolah pada bulan empat. Sejak beberapa tahun yang lalu, pameran buku telah dijadikan salah satu aktiviti yang perlu diadakan di sekolah.


Pameran buku ini dijalankan di tapak perhimpunan sekolah dan bermula pada pukul 8.10 pagi hingga pukul 2.40 petang. Jadual melawat telah disediakan oleh guru yang bertugas .Para pelajar melawat ke pameran buku mengikut giliran kelas masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan supaya keadaan teratur dan tidak huru-hara.

Tujuan pameran ini diadakan adalah supaya dapat memupuk semangat minat membaca dalam kalangan para pelajar .Di samping itu , para pelajar juga dapat membeli pelbagai bahan bacaan tanpa mengunjung ke kedai buku yang jauh di bandar. Pihak sekolah berharap supaya supaya memanfaatkan tindakan ini agar dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

                      





Dalam pameran buku ini, ramai pengusaha kedai buku yang telah mengambil bahagian untuk menjual pelbagai bahan bacaan yang berguna kepada para pelajar. Antaranya ialah Thai Kuang, Sasbadi, Pelangi, dan Setiaemas.Pelbagai bahan bacaan boleh didapati di pameran buku seperti buku rujukan, buku latihan serta novel-novel.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang membeli buku yang diingini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga tawaran di kedai-kedai buku yang lain . Guru-guru dan pekerja sekolah juga tidak melepaskan peluang emas ini untuk membeli buku-buku yang mereka berkenan.

Akhir kata, pameran buku pada tahun ini berjalan dengan lancar. Semua warga sekolah telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pameran ini. Pihak sekolah amat berharap agar para pelajar dapat memperolehi manfaat daripada pameran buku ini serta dapat keputusan yang lebih cemerlang .

Saturday, March 17, 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG 3K BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT



Pada 17 Mac 2012(Sabtu),Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha  telah mengadakan aktiviti GOTONG ROYONG 3K BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT .progarm ini diadakan untuk membersihkan kawasan-kawasan sekitar sekolah dan juga mengeratkan perpaduan antara kaum dengan kaum lain.Program ini dilaksanakan oleh pengetua yang mulia ,iaitu Pengetua Heng Jee Soon.Program ini disertai oleh  rakan pelajar yang berhampiran di SMKDMT.Aktiviti ini dimulakan pada pukul lapan pagi sehingga pukul dua belas tengah hari.

Pada hari tersebut,kebanyakan pelajar telah sampai ke sekolah kerana berhampir dengan sekolah.Mereka telah membawa alatan untuk gotong-royong ,contohnya cangkul ,sabit dan sebagainya.Pekerja yang tedapat di SMKDMT juga menghadirkan dirinya untuk membantu pelajar bergotong-royong. Apabila pelajar sampai ke sekolah , mereka mengambil kedatangannya di tapak perhimpunan.Ibu bapa pelajar telah menghadirkan dirinya untuk bergotong-royong.

Pada pukul lapan tiga puluh,cikgu telah mengbahagikan kumpulan untuk bergotong royong di sekitar sekolah. Pagar-pagar sekolah dipenuhi dengan rumput rumpai. Tidak sama kira pelajar ,ibubapa,cikgu atau pekerja sekolah , mereka berusaha bersungguh –sungguh untuk membersihkan sekolah dengan memotong rumput rumpai yang terdapat di pagar atau di longkong. Mereka juga memotong pokok yang akan membahayakan pejalan.

Pada pukul dua belas tengah hari , semua ahli sekolah berlihat kepenatan ,mereka membeli makanan di kantin sekolah. Walaupun sudah kepenatan sepanjang hari ,tetapi aktiviti ini banyak berbaloi untuk sekolah. Selepas aktiviti berakhir, semua ahli sekolah balik ke rumah.

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Majlis Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha




     Pada 11 Februari 2012,Sekolah Menengah  Kebangsaan Dato’ Mohd Taha(SMKDMT) tekah mengadakan sebuah majlis Jubli Emas.Sambutan majlis Jubli Emas ini diadakan bertujuan untuk meraikan penubuhan SMKDMT yang ke-50 tahun.Seramai 1436 pelajar SMKDMT dan99 guru  yang terlibat dalam majlis ini bagi bersama-sama dapat meraikannya Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormati Dato’Mohd Kamit bin Abdul Aziz yang merupakan Adun kawasan Gemencheh.Tetemu –tetemu kehormati seperti Pegawai Pelajaran Nergeri Sembilan,Pegawai Pelajaran Daerah Tampin,ketua kampong  serta pegawai-pegawai badan bukan kerajaan turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini.


     Sebelum majlis Jubli Emas berlangsung,pelbagai persiapan telah dilakukan oleh warga SMKDMT. Guru-guru dan para pelajar berkerjasama dan berganding bahu untuk membuat persiapan yang panita Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi , Bahasa Inggeris, Bahasa Malayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi menbuat persiapan untuk pameran yang akan diadakan. Selain itu, para pelajar dan guru-guru  penasihat kelad Koperasi dan Usahawan serta persatuan-persatuan lain turut menghiaskan gerai jualan mereka supaya gerai jualan mereka kelihatan ceria. Sehari sebelum majlis diadakan, aktiviti gotong-royong diadakan pada waktu pagi. Guru-guru dan pera pelajar bagai aur dengan tebing bekerjasama  membersihkan kawasan sekolah seperti padang, astaka, surau, kantin, blok-blok sekolah dan sebagai dan sebagainya. Aktiviti gotong-royong diadakan secara berkumpulan dan telah Berjaya diselesaikan dengan segera. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.30pagi hingga 9.00 pagi. Di samping itu, raptai persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar yang terlibat telah diadakan. Walaupun majlis tersebut masih belum berlangsung kemeriahannya telah pun dirasai. Suasana di sekolah meriah ketika persiapan dilakukan oleh para guru dan para guru pelajar.

     Pada hari berlangsungnya majlis Jubli Emas, para pelajar dan para guru SMKDMT berbunyi tepat pada jem 7.20 pagi,para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. Guru bertugas pada minggu tersebut memberi  taklimat kepada para pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pameran dan gerai jualan pergi ke tempat mereka bagi memastikan segala persiapan telah dilakukan. Gerai-gerai  jualan telah didirikan di padang sekolah. Guru-guru dan pelajar-pelajar menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti laksa, nasi lemak, aiskrim, roti, kentang goring,air kotak, air berkarbonat dan sebagainya. Pelajar-pelajar bekerasama membeli jualan yang dijual oleh rakan-rakan mereka.Terdapat gerai komersial seperti Proton, Celcom, Syarikat insurans serta gerai-gerai yang dibuka oleh orang luar yang menjual baju dan barangan kraftangan. Di samping itu, pameran buku juga diadakan. Pelbagai jenis buku dijual kepada para pelajar. Para pelajar boleh menggunakan peluang ini untuk memilih dan membeli buku-buku rujukan yang diperlukan. Selian itu, aktiviti 1 Murid 1 Sukan turut diadakan dipadang sekolah. Para pelajar melibatkan diri dan menunjukan bakat mereka dalam aktiviti sukan seperti bola tampar, bola jarring, bola sepak dan sebagainya.

      Acara perasmina diadakan pada pukul 9.45 pagi setelah Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil bin Abdul Aziz tiba di sekolah . Aluan kompang yang kuat kedengaran sebagai tanda kedatangan beliau yang akan merasmikan majlis yang amat bermakna ini. Para hadirin berdiri sebagai tanda hormat kepada hormat kepada Negara ketika menyanyikan lagu Negaraku. Pengetua telah menyampaikan ucapan beliau dengan menceritakan serba sedikit sejarah sekolah  SMKDMT. Pencapaian sekolah yang semakin cemerlang amat membanggakan warga SMKDMT. Setelah Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil menyampai ucapan beliau, beliau telah merasmikan majlis Jubli Emas ini kira-kira jam 10.30 pagi.Pelancaran roket telah diadakan dengan melepaskan 50 buah roket yang merupakan simbolik 50 tahun penubuhan sekolah SMKDMT. 50 buah roket ini telah Berjaya dilepaskan oleh 50 orang pelajar dan dikawal oleh seorang guru iaitu Encik Baharuddin. Pelepasan roket ini telah mendapat tepukan yang gemuruh oleh para hadirin.Selapas itu, pelbagai jenis tarian di Malaysia telah dipersembahkan oleh para pelajar yang terdiri daripada tiga kaum pentina di Malaysia, iaitu Malayu Cina India. Para pelajar yang menari menghiaskan diri mereka dengan pakaian-pakaian tradisional seperti cheongsum,sari, baju kabaya dan lain-lain lagi.

       Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil bin Aziz yang ditemuni oleh pengetua SMKDMT melawat ke tapak-tapak pameran untuk melihat hasil kerja para pelajar yang kneatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Para pelajar juga menunjukkan kemahiran komunikasi mereka dengan menerangkan tentang ilmu dan pameran yang mereka lakukan. Mereka turut melawat gerai jualan yang terdapat di padang sekolah. Kedengarajuga suara Cikgu Fridaus  yang mengadakan cabutan bertuah dan menyampaikan lagu yang diminta oleh para pelajar. Suasana pada hari sambutan majlis Jubli Emas tersebut sungguh meriah.

       Majlis Jubli Emas ini tempat pada pukul 4 petang. Ramai pelajar yang telah bersurai dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan pameran dan gerai jualan mula mengemas kawasan mereka supaya bersih seperti sedia kala. Majlis ini telah  berjalan dengan lancer dan Berjaya dilangsungkan dengan meriahnya. Pelbagai ragan manusia dapat dilihat pada hari majlis ini berlangsung.Mjlis yang telah Berjaya dijalanlkan oleh para guru dan para pelajar SMKDMT  ini menunjukan perfahaman dan kerjasama sebuah pasukan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat air kerana muafakat.







Sunday, August 7, 2011

Pertandingan Peta Minda

Untuk membolehkan para pelajar menguasai teknik untuk membuat nota bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengadakan pertandingan peta minda. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 3 hingga ke Tingkatan 5.
Dalam pertandingan ini, beberapa pilihan mata pelajaran telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk dipilih oleh para pelajar bagi menyertai pertandingan peta minda. Antaranya termasuklah mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral dan Geografi.Para pelajar dikehendaki untuk membuatkan peta minda tersebut pada kertas lukisan.
Semasa pertandingan ini, para pelajar dibenarkan untuk merujuk kepada kamus sekiranya terdapat apa-apa perkataan yang tidak difahami maksudnya. Untuk membolehkan diri berpeluang untuk memenangi pertandingan ini, para pelajar begitu tekun untuk membuat rujukan kepada kamus. Tindakan mereka haruslah dicontohi kerana para pelajar sememangnya patut membuat rujukan atau bertanya kepada guru sekiranya berhadapan dengan masalah dalam pelajaran.