Wednesday, June 22, 2011

MISI / VISI PSS


Visi PSS
Menjadi sekolah cemerlang dalam bidang akaemik, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2013.

Misi PSS
  • Menggerakkan semua warga sekolah untuk merealisasikan visi sekolah.
  • Memperkembangkan potensi pelajar dan guru mengikut minat, kebolehan dan berdaya saing ke tahap maksimum.
  • Membentuk semangat kekitaan di kalangan warga sekolah.
  • Menganalkan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat.
  • Membina budaya cemerlang di kalangan warga sekolah.

Pameran Buku


Pada 23 Mac 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengadakan pameran buku yang melibatkan semua pelajar sekolah. Sejak beberapa tahun yang lalu, pameran buku telah dijadikan salah satu aktiviti yang perlu diadakan di sekolah.

Pameran buku ini dijalankan di tapak perhimpunan sekolah dan bermula pada pukul 8.10 pagi hingga pukul 2.40 petang. Para pelajar melawat ke pameran buku mengikut giliran kelas masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan supaya keadaan teratur dan tidak huru-hara.

Tujuan pameran ini diadakan adalah supaya para pelajar dapat membeli pelbagai bahan bacaan tanpa mengunjung ke kedai buku yang jauh di bandar. Pihak sekolah berharap supaya supaya memanfaatkan tindakan ini agar dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam pameran buku ini, ramai pengusaha kedai buku yang telah mengambil bahagian untuk menjual pelbagai bahan bacaan yang berguna kepada para pelajar. Antaranya ialah Thai Kuang, Sasbadi, Pelangi, dan Setiaemas.Pelbagai bahan bacaan boleh didapati di pameran buku seperti buku rujukan, buku latihan serta novel-novel.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang membeli buku yang diingini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga tawaran di kedai-kedai buku. Guru-guru dan pekerja sekolah juga tidak melepaskan peluang emas ini untuk membeli buku-buku yang mereka berkenan.

Ringkasnya, pameran buku pada tahun ini berjalan dengan lancar. Semua warga sekolah telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pameran ini. Pihak sekolah amat berharap agar para pelajar dapat memperolehi manfaat daripadapameran buku ini.

Tuesday, June 21, 2011

Program Otomasi


S
ejak tahun lepas, Kelab Pusat Sumber di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah memulakan program otomasi terhadap semua buku yang terdapat di dalam pusat sumber. Kertas ‘epss’ telah dicetak untuk memudahkan pengawas-pengawas pusat sumber membuat catatan tentang maklumat penting yang boleh diperolehi dalam sebuah buku. Selain itu, kertas ini juga akan dijadikan sebagai bukti kemasukan sebuah buku ke dalam perekodan dalam komputer.

Untuk membolehkan para pengawas pusat sumber lebih memahami apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam program otomasi ini, guru penasihat Kelab Pusat Sumber, iaitu Cik Tuang Yoke Yong, telah menjemput seorang pakar, Encik Abdullah dalam kerja otomasi ini untuk memberikan taklimat. Beliau juga merupakan ayah kepada seorang bekas pengawas pusat sumber di sekolah kita.
Taklimat ini telah diadakan untuk semua pengawas PSS. Sepanjang taklimat dijalankan, semua pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap ucapan beliau supaya dapat melakukan kerja-kerja otomasi dengan lebih mudah lagi. Beberapa soalan juga telah ditanyakan oleh para pengawas tentang cara bagi memudahkan pelaksanaan progam ini. Beliau juga tidak keberatan hati untuk menyampaikan pengetahuan beliau tentang proses otomasi kepada para pengawas.

Dalam taklimat tersebut, beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk memasukkan maklumat penting ke dalam komputer. Sebuah buku cerita bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai contoh untuk ditunjukkan kepada para pengwas. Antara maklumat-maklumat penting yang perlu diambil kira dalam program ini adalah judul buku, nombor pengelasan, nombor panggilan, nama pengarang dan lain-lain lagi.






Bulan Pusat Sumber 07-Mei-2011







Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha (SMKDMT) telah mengadakan Bulan Pusat Sumber Sekolah buat julung kali dalam sejarah sekolah. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi bagi mengumpulkan para pelajar dan guru-guru untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut di tapak perhimpunan.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengelola majlis yang menjemput guru penasihat Kelab Pusat Sumber Sekolah (PSS), Cik Tuang Yoke Yong untuk memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan semua lapisan pelajar ke perpustakaan untuk membaca buku di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, beliau juga menyeru kepada semua pelajar untuk meningkatkan bilangan bacaan buku agar dapat menambahkan markah kokurikulum. Di samping itu, para pelajar akan mendapat sijil, bagi pelajar yang mempunyai bilangan bacaan buku yang terbanyak dan sekurang-kurangnya sebanyak 70 buah buku telah dibaca dan direkodkan dalam buku nilam.
Bukan itu sahaja, beliau juga menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) seperti pertandingan Movie Maker, kuiz keratan akhbat yang diadakan pada setiap hari Isnin, pertandingan fotografi, dan pertandingan membaca berita. Pertandingan-pertandingan tersebut bukan sahaja dapat meluaskan ilmu pengetahuan para pelajar malah dapat mengembangkan bakat masing-masing.
Majlis tersebut diteruskan lagi dengan ucapan tuan pengetua, Puan Heng Jee Soon. Dalam ucapannya, beliau amat menggalakkan para pelajar menjadikan buku sebagai sahabat sejati dalam mengejar ilmu dan kejayaan dalam hidup. Beliau juga akan memantau bilangan pelajar yang ke perpustakaan untuk menambahkan bilangan bacaan buku.
Di samping itu, beliau menyeru para pelajar mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan acara memotong reben sebagai simbolik perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan disaksikan oleh para pelajar dan disertai sorakan yang gemuruh. Seramai lapan puluh orang lapan orang guru turut menjayakan perasmian ini buat pertama kali dalam sejarah pembukaan perpustakaan SMK Dato’ Mohd Taha selama tiga puluh tahun.

Monday, June 20, 2011

Definisi Pusat Sumber Sekolah

PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.