Thursday, July 26, 2012

Pelaksanaan Sistem Penggunaan Smart Card




              Meniti arus pembangunan zaman dan modenisasi, perpustakaan sekolah kita, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembahuruan , antaranya adalah dalam sistem peminjaman dan pemulangan buku. Sistem yang  menjadi penggantian dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah sistem penggunaan smart card.

Persiapan bagi menjayakan sistem penggunaan smart card ini telah dimulakan sejak tahun lepas, iaitu tahun 2011. Sebagai contoh sesi penggambaran bagi semua pelajar di mana yang telah digunakan sebagai gambar pada smart card masing-masing. Selain itu, pengawas-pengawas telah mengemaskinikan buku-buku yang terdapat di perpustakaan. Para pengawas telah memproseskan semua buku yang dengan memasukkan maklumat buku berkenaan ke dalam komputer dan meletakkan bar kod pada buku tersebut.

Selepas selesai mengemaskinikan semua buku, sistem ini pun mula digunakan sejak permulaan persekolahan tahun ini, tahun 2012. Sebelum pelaksanaan sistem ini secara rasminya, para pengawas telah diberi bengkel tentang sistem automasi oleh Encik Abdullah, pakar dalam bidang ini pada akhir tahun lepas. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa semua para pengawas adalah mahir dan memahami segala prosedur dalam pelaksanaan sistem ini selepas menghadirkan diri dalam bengkel ini.

Pada awal tahun 2012, ramai pelajar, tidak kira pelajar menengah atas ataupun menengah bawah, yang tertarik dengan sistem baru ini dan telah banyak mengunjungi perpustakaan. Dengan proses peminjaman buku yang dilakukan oleh mereka, mereka telah berjaya menunjukkan semangat prihatin terhadap sekolah dengan melibatkan diri dalam pembaharuan yang dilakukan dalam sekolah kita. Mereka telah memberi maklum balas yang positif terhadap sistem yang baru ini walaupun terdapat segelintir kesulitan yang kecil berlaku semasa proses peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.
Pelaksanaan sistem penggunaan smart card ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar dan para pengawas semasa menjalankan tugas. Hal ini demikian kerana proses peminjaman dan pemulangan buku menjadi senang dan memerlukan masa yang amat singkat sahaja. Dengan ini para pelajar tidak perlu beratur dengan menggunakan masa yang panjang sekiranya mereka ingin meminjam atau memulangkan buku. Secara tidak langsung, keadaan ini perpustakaan pun menjadi lebih teratur dan lebih berdisiplin kerana situasi bertambah senyap dan selesa.

Pelaksanaan sistem ini juga membolehkan pelajar mencuba dan merasai sistem peminjaman buku yang digunakan di kawasan bandar walaupun sekolah kita berada di kawasan luar bandar. Mereka dapat mengambil pengalaman yang berbeza walaupun tidak pernah pergi ke perpustakaan di kawasan bandar. Sistem ini membolehkan proses yang dijalankan di perpustakaan menjadi lebih sistematik dan tersusun. Kini, segala buku baru yang diberi telah boleh dimasukkan maklumat ke dalam komputer dengan mudah sekali dan segala proses untuk memproseskan buku baru menjadi cepat dan senang.

Pada masa yang sama, para pengawas telah belajar untuk bertugas dengan lebih bertanggungjawab. Hal ini demikian adalah masing-masing mengendalikan sistem ini dengan tepat sekali tanpa melakukan kesilapan. Masing-masing telah berjaya melibatkan diri dalam pembaharuan ini dan melakukan kerja masing-masing dengan amat berjaya. Selain itu, para pengawas pun bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasikan masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas, bak kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sistem ini telah digunakan dengan lancar sekali bawah pengawasan guru yang bertanggungjawab bagi unit pusat sumber, Cik Tuang Yoke Yong.

Akhir kata, sistem penggunaan smart card dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah pembaharuan yang amat positif. Kita harus memikul tanggungjawab untuk memastikan pembangunan yang dilakukan di sekolah kita dijalankan dengan lancar dari masa ke masa. Oleh itu, kita harus menggunakan sistem yang baru ini sebaik-baiknya.


Soo Xiang Yuan
5 Anggerik

No comments:

Post a Comment