Friday, July 27, 2012

Program Laluan Iqra’


Program  Laluan Iqra’ merupakan program rutin bagi Sekolah Menengah Kebangasaan Dato’ Mohd Taha. Kebaikan untuk menjalankan program ini adalah dapat menanam minat membaca dalam kalangan warga sekolah dan dapat membantu pelajar dalam akademik terutamanya dalam penulisan karangan. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pusat sumber sekolah.
Program ini dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pada setiap hari Isnin sebelum bermulanya perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada jam 7.15 pagi hingga 7.30 pagi di tapak perhimpunan.


Program Laluan Iqra’ dikendalikan oleh seorang guru dan dibantu oleh dua orang pengawas pusat sumber sekolah yang ditetapkan bertugas pada minggu tersebut. Artikel yang bersesuaian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan disediakan oleh guru yang bertugas sebagai bahan bacaan serta diedarkan pada jam 7.15pagi kepada semua pelajar dan guru.

Pelajar akan diberi masa selama 5 minit untuk membaca dan menghayati petikan yang didapati. Seterusnya, dua soalan akan dikemukan kepada pelajar menengah rendah dan dua soalan lagi disediakan untuk pelajar menengah atas untuk menjawab.

Hadiah akan diberi kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang tepat serta betul.

Thursday, July 26, 2012

Pelaksanaan Sistem Penggunaan Smart Card




              Meniti arus pembangunan zaman dan modenisasi, perpustakaan sekolah kita, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembahuruan , antaranya adalah dalam sistem peminjaman dan pemulangan buku. Sistem yang  menjadi penggantian dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah sistem penggunaan smart card.

Persiapan bagi menjayakan sistem penggunaan smart card ini telah dimulakan sejak tahun lepas, iaitu tahun 2011. Sebagai contoh sesi penggambaran bagi semua pelajar di mana yang telah digunakan sebagai gambar pada smart card masing-masing. Selain itu, pengawas-pengawas telah mengemaskinikan buku-buku yang terdapat di perpustakaan. Para pengawas telah memproseskan semua buku yang dengan memasukkan maklumat buku berkenaan ke dalam komputer dan meletakkan bar kod pada buku tersebut.

Selepas selesai mengemaskinikan semua buku, sistem ini pun mula digunakan sejak permulaan persekolahan tahun ini, tahun 2012. Sebelum pelaksanaan sistem ini secara rasminya, para pengawas telah diberi bengkel tentang sistem automasi oleh Encik Abdullah, pakar dalam bidang ini pada akhir tahun lepas. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa semua para pengawas adalah mahir dan memahami segala prosedur dalam pelaksanaan sistem ini selepas menghadirkan diri dalam bengkel ini.

Pada awal tahun 2012, ramai pelajar, tidak kira pelajar menengah atas ataupun menengah bawah, yang tertarik dengan sistem baru ini dan telah banyak mengunjungi perpustakaan. Dengan proses peminjaman buku yang dilakukan oleh mereka, mereka telah berjaya menunjukkan semangat prihatin terhadap sekolah dengan melibatkan diri dalam pembaharuan yang dilakukan dalam sekolah kita. Mereka telah memberi maklum balas yang positif terhadap sistem yang baru ini walaupun terdapat segelintir kesulitan yang kecil berlaku semasa proses peminjaman dan pemulangan buku dijalankan.
Pelaksanaan sistem penggunaan smart card ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar dan para pengawas semasa menjalankan tugas. Hal ini demikian kerana proses peminjaman dan pemulangan buku menjadi senang dan memerlukan masa yang amat singkat sahaja. Dengan ini para pelajar tidak perlu beratur dengan menggunakan masa yang panjang sekiranya mereka ingin meminjam atau memulangkan buku. Secara tidak langsung, keadaan ini perpustakaan pun menjadi lebih teratur dan lebih berdisiplin kerana situasi bertambah senyap dan selesa.

Pelaksanaan sistem ini juga membolehkan pelajar mencuba dan merasai sistem peminjaman buku yang digunakan di kawasan bandar walaupun sekolah kita berada di kawasan luar bandar. Mereka dapat mengambil pengalaman yang berbeza walaupun tidak pernah pergi ke perpustakaan di kawasan bandar. Sistem ini membolehkan proses yang dijalankan di perpustakaan menjadi lebih sistematik dan tersusun. Kini, segala buku baru yang diberi telah boleh dimasukkan maklumat ke dalam komputer dengan mudah sekali dan segala proses untuk memproseskan buku baru menjadi cepat dan senang.

Pada masa yang sama, para pengawas telah belajar untuk bertugas dengan lebih bertanggungjawab. Hal ini demikian adalah masing-masing mengendalikan sistem ini dengan tepat sekali tanpa melakukan kesilapan. Masing-masing telah berjaya melibatkan diri dalam pembaharuan ini dan melakukan kerja masing-masing dengan amat berjaya. Selain itu, para pengawas pun bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasikan masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas, bak kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sistem ini telah digunakan dengan lancar sekali bawah pengawasan guru yang bertanggungjawab bagi unit pusat sumber, Cik Tuang Yoke Yong.

Akhir kata, sistem penggunaan smart card dalam proses peminjaman dan pemulangan buku adalah pembaharuan yang amat positif. Kita harus memikul tanggungjawab untuk memastikan pembangunan yang dilakukan di sekolah kita dijalankan dengan lancar dari masa ke masa. Oleh itu, kita harus menggunakan sistem yang baru ini sebaik-baiknya.


Soo Xiang Yuan
5 Anggerik

Bulan Pusat Sumber



          Demi memupuk semangat suka membaca dalam kalangan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Mohd Taha di samping mewujudkan pelajar yang berilmu serta berbudi bahasa,ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah telah mengadakan bulan pusat sumber dengan kerjasama beberapa pihak yang lain seperti guru-guru dan para pelajar . Pelbagai aktiviti yang menarik serta dapat memberikan manfaat kepada para pelajar telah diadakan sepanjang bulan pusat sumber .
     
           Salah satu aktiviti menarik yang diadakan sempana bulan pusat sumber ialah pertandingan photografi .Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang keemasan yang dapat membekalkan ruangan kepada mereka untuk menunjukkan  perasaan cinta akan sekolah mereka,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha .Dalam pertandingan ini ,para pelajar dikehendaki membawa kamera sendiri ke sekolah untuk merakam tempat-tempat yang pelajar rasa signifikan di perkarangan sekolah .Tak kenal maka tak cinta .Setelah merakam serta mencetak gambar-gambar bangunan-bangunan serta infrastruktur  di sekolah , perasaan cinta akan sekolah telah lahir dalam hati setiap pelajar .Selepas itu ,pelajar perlu mencatatkan faktor mereka memilih tempat yang dirakam sebagai tempat yang paling bermakna bagi diri mereka .Pemenang pertandingan akan menerima hadiah yang disediakan oleh ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah .

          Teknik melukis peta minda merupakan salah satu cara belajar yang efektif dalam kalangan pelajar .Pelajar dapat megingati ilmu yang diajar oleh guru melalui cara membuat peta minda dan dapat mengulang kaji dengan lebih senang ,memandangkan nota-nota ringkas telah dilakarkan dalam bentuk gambar rajah serta ayat-ayat yang ringkas .Maka ,demi melatih pelajar agar mahir dalam membuat peta minda , sebuah pertandingan membuat peta mind telah diadakan sempana bulan pusat sumber .Sebuah pemahaman ringkas telah disediakan kepada para peserta untuk menterjemahkannya semula dalam bentuk peta minda .Selain mencatat semula isi-isi penting dalam pemahaman tersebut secara ringkas dan mudah difahami,peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan hasil mereka lebih menarik dengan melukis gambar-gambar ataupun  mewarnakannya.Setiap kelab diwajibkan menghantar tiga wakil dalam satu kumpulan untuk menyertai pertandingan yang membawa pelbagai kebaikan tanpa sebarang keburukan ini .
     
         Pelajar-pelajar dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri ke sekolah  apabila sebuah pertandingan melukis poster telah diadakan sebagai salah satu aktiviti sepanjang bulan pusat sumber .Pertandingan yang diadakan di kantin sekolah ini bertujuan untuk mencung kil bakat pelajar dalam bidang lukisan .Pelajar menengah atas dan menengah bawah diberikan tema lukisan yang berlainan .Tiga orang pelajar membentuk satu kumpulan untuk menyertai pertandingan ini .Maka ,selain member peluang kepada pelajar untuk membuktikan kebolehan masing-masing dalam seni,pertandingan ini turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar apabila pelajar yang terdiri  daripada kaum dan bangsa yang berlainan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghasilkan poster yang tercantik .Dalam konteks ini , gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh perdana menteri Malaysia mampu tercapai dengan wujudnya interaksi sesame pelajar .

           Tuntasnya,tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi .Tanpa kerjasama daripada semua pihak , aktiviti – aktiviti yang diadakan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat .Aktiviti-aktiviti yang diadakan telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk melahirkan golongan pelajar yang proaktif dan bermutu tinggi ,demi mencapai visi sekolah ,iaitu menjadikan sekolah contoh dalam kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2014.
     

GAN WAN CHEW
5 ANGGERIK

Pameran Buku 2012




Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengadakan pameran buku yang melibatkan semua pelajar sekolah pada bulan empat. Sejak beberapa tahun yang lalu, pameran buku telah dijadikan salah satu aktiviti yang perlu diadakan di sekolah.


Pameran buku ini dijalankan di tapak perhimpunan sekolah dan bermula pada pukul 8.10 pagi hingga pukul 2.40 petang. Jadual melawat telah disediakan oleh guru yang bertugas .Para pelajar melawat ke pameran buku mengikut giliran kelas masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan supaya keadaan teratur dan tidak huru-hara.

Tujuan pameran ini diadakan adalah supaya dapat memupuk semangat minat membaca dalam kalangan para pelajar .Di samping itu , para pelajar juga dapat membeli pelbagai bahan bacaan tanpa mengunjung ke kedai buku yang jauh di bandar. Pihak sekolah berharap supaya supaya memanfaatkan tindakan ini agar dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

                      





Dalam pameran buku ini, ramai pengusaha kedai buku yang telah mengambil bahagian untuk menjual pelbagai bahan bacaan yang berguna kepada para pelajar. Antaranya ialah Thai Kuang, Sasbadi, Pelangi, dan Setiaemas.Pelbagai bahan bacaan boleh didapati di pameran buku seperti buku rujukan, buku latihan serta novel-novel.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang membeli buku yang diingini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga tawaran di kedai-kedai buku yang lain . Guru-guru dan pekerja sekolah juga tidak melepaskan peluang emas ini untuk membeli buku-buku yang mereka berkenan.

Akhir kata, pameran buku pada tahun ini berjalan dengan lancar. Semua warga sekolah telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pameran ini. Pihak sekolah amat berharap agar para pelajar dapat memperolehi manfaat daripada pameran buku ini serta dapat keputusan yang lebih cemerlang .