Thursday, July 26, 2012

Bulan Pusat Sumber



          Demi memupuk semangat suka membaca dalam kalangan pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Mohd Taha di samping mewujudkan pelajar yang berilmu serta berbudi bahasa,ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah telah mengadakan bulan pusat sumber dengan kerjasama beberapa pihak yang lain seperti guru-guru dan para pelajar . Pelbagai aktiviti yang menarik serta dapat memberikan manfaat kepada para pelajar telah diadakan sepanjang bulan pusat sumber .
     
           Salah satu aktiviti menarik yang diadakan sempana bulan pusat sumber ialah pertandingan photografi .Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang keemasan yang dapat membekalkan ruangan kepada mereka untuk menunjukkan  perasaan cinta akan sekolah mereka,iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha .Dalam pertandingan ini ,para pelajar dikehendaki membawa kamera sendiri ke sekolah untuk merakam tempat-tempat yang pelajar rasa signifikan di perkarangan sekolah .Tak kenal maka tak cinta .Setelah merakam serta mencetak gambar-gambar bangunan-bangunan serta infrastruktur  di sekolah , perasaan cinta akan sekolah telah lahir dalam hati setiap pelajar .Selepas itu ,pelajar perlu mencatatkan faktor mereka memilih tempat yang dirakam sebagai tempat yang paling bermakna bagi diri mereka .Pemenang pertandingan akan menerima hadiah yang disediakan oleh ahli jawatankuasa pusat sumber sekolah .

          Teknik melukis peta minda merupakan salah satu cara belajar yang efektif dalam kalangan pelajar .Pelajar dapat megingati ilmu yang diajar oleh guru melalui cara membuat peta minda dan dapat mengulang kaji dengan lebih senang ,memandangkan nota-nota ringkas telah dilakarkan dalam bentuk gambar rajah serta ayat-ayat yang ringkas .Maka ,demi melatih pelajar agar mahir dalam membuat peta minda , sebuah pertandingan membuat peta mind telah diadakan sempana bulan pusat sumber .Sebuah pemahaman ringkas telah disediakan kepada para peserta untuk menterjemahkannya semula dalam bentuk peta minda .Selain mencatat semula isi-isi penting dalam pemahaman tersebut secara ringkas dan mudah difahami,peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan hasil mereka lebih menarik dengan melukis gambar-gambar ataupun  mewarnakannya.Setiap kelab diwajibkan menghantar tiga wakil dalam satu kumpulan untuk menyertai pertandingan yang membawa pelbagai kebaikan tanpa sebarang keburukan ini .
     
         Pelajar-pelajar dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri ke sekolah  apabila sebuah pertandingan melukis poster telah diadakan sebagai salah satu aktiviti sepanjang bulan pusat sumber .Pertandingan yang diadakan di kantin sekolah ini bertujuan untuk mencung kil bakat pelajar dalam bidang lukisan .Pelajar menengah atas dan menengah bawah diberikan tema lukisan yang berlainan .Tiga orang pelajar membentuk satu kumpulan untuk menyertai pertandingan ini .Maka ,selain member peluang kepada pelajar untuk membuktikan kebolehan masing-masing dalam seni,pertandingan ini turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar apabila pelajar yang terdiri  daripada kaum dan bangsa yang berlainan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghasilkan poster yang tercantik .Dalam konteks ini , gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh perdana menteri Malaysia mampu tercapai dengan wujudnya interaksi sesame pelajar .

           Tuntasnya,tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi .Tanpa kerjasama daripada semua pihak , aktiviti – aktiviti yang diadakan tidak akan dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat .Aktiviti-aktiviti yang diadakan telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk melahirkan golongan pelajar yang proaktif dan bermutu tinggi ,demi mencapai visi sekolah ,iaitu menjadikan sekolah contoh dalam kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2014.
     

GAN WAN CHEW
5 ANGGERIK

No comments:

Post a Comment