Sunday, August 7, 2011

Pertandingan Peta Minda

Untuk membolehkan para pelajar menguasai teknik untuk membuat nota bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah mengadakan pertandingan peta minda. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 3 hingga ke Tingkatan 5.
Dalam pertandingan ini, beberapa pilihan mata pelajaran telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk dipilih oleh para pelajar bagi menyertai pertandingan peta minda. Antaranya termasuklah mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral dan Geografi.Para pelajar dikehendaki untuk membuatkan peta minda tersebut pada kertas lukisan.
Semasa pertandingan ini, para pelajar dibenarkan untuk merujuk kepada kamus sekiranya terdapat apa-apa perkataan yang tidak difahami maksudnya. Untuk membolehkan diri berpeluang untuk memenangi pertandingan ini, para pelajar begitu tekun untuk membuat rujukan kepada kamus. Tindakan mereka haruslah dicontohi kerana para pelajar sememangnya patut membuat rujukan atau bertanya kepada guru sekiranya berhadapan dengan masalah dalam pelajaran.