Tuesday, June 21, 2011

Bulan Pusat Sumber 07-Mei-2011







Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha (SMKDMT) telah mengadakan Bulan Pusat Sumber Sekolah buat julung kali dalam sejarah sekolah. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi bagi mengumpulkan para pelajar dan guru-guru untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut di tapak perhimpunan.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengelola majlis yang menjemput guru penasihat Kelab Pusat Sumber Sekolah (PSS), Cik Tuang Yoke Yong untuk memberikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan kedatangan semua lapisan pelajar ke perpustakaan untuk membaca buku di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, beliau juga menyeru kepada semua pelajar untuk meningkatkan bilangan bacaan buku agar dapat menambahkan markah kokurikulum. Di samping itu, para pelajar akan mendapat sijil, bagi pelajar yang mempunyai bilangan bacaan buku yang terbanyak dan sekurang-kurangnya sebanyak 70 buah buku telah dibaca dan direkodkan dalam buku nilam.
Bukan itu sahaja, beliau juga menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) seperti pertandingan Movie Maker, kuiz keratan akhbat yang diadakan pada setiap hari Isnin, pertandingan fotografi, dan pertandingan membaca berita. Pertandingan-pertandingan tersebut bukan sahaja dapat meluaskan ilmu pengetahuan para pelajar malah dapat mengembangkan bakat masing-masing.
Majlis tersebut diteruskan lagi dengan ucapan tuan pengetua, Puan Heng Jee Soon. Dalam ucapannya, beliau amat menggalakkan para pelajar menjadikan buku sebagai sahabat sejati dalam mengejar ilmu dan kejayaan dalam hidup. Beliau juga akan memantau bilangan pelajar yang ke perpustakaan untuk menambahkan bilangan bacaan buku.
Di samping itu, beliau menyeru para pelajar mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Seterusnya, majlis disempurnakan dengan acara memotong reben sebagai simbolik perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan disaksikan oleh para pelajar dan disertai sorakan yang gemuruh. Seramai lapan puluh orang lapan orang guru turut menjayakan perasmian ini buat pertama kali dalam sejarah pembukaan perpustakaan SMK Dato’ Mohd Taha selama tiga puluh tahun.

No comments:

Post a Comment