Tuesday, June 21, 2011

Program Otomasi


S
ejak tahun lepas, Kelab Pusat Sumber di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha telah memulakan program otomasi terhadap semua buku yang terdapat di dalam pusat sumber. Kertas ‘epss’ telah dicetak untuk memudahkan pengawas-pengawas pusat sumber membuat catatan tentang maklumat penting yang boleh diperolehi dalam sebuah buku. Selain itu, kertas ini juga akan dijadikan sebagai bukti kemasukan sebuah buku ke dalam perekodan dalam komputer.

Untuk membolehkan para pengawas pusat sumber lebih memahami apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam program otomasi ini, guru penasihat Kelab Pusat Sumber, iaitu Cik Tuang Yoke Yong, telah menjemput seorang pakar, Encik Abdullah dalam kerja otomasi ini untuk memberikan taklimat. Beliau juga merupakan ayah kepada seorang bekas pengawas pusat sumber di sekolah kita.
Taklimat ini telah diadakan untuk semua pengawas PSS. Sepanjang taklimat dijalankan, semua pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap ucapan beliau supaya dapat melakukan kerja-kerja otomasi dengan lebih mudah lagi. Beberapa soalan juga telah ditanyakan oleh para pengawas tentang cara bagi memudahkan pelaksanaan progam ini. Beliau juga tidak keberatan hati untuk menyampaikan pengetahuan beliau tentang proses otomasi kepada para pengawas.

Dalam taklimat tersebut, beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk memasukkan maklumat penting ke dalam komputer. Sebuah buku cerita bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai contoh untuk ditunjukkan kepada para pengwas. Antara maklumat-maklumat penting yang perlu diambil kira dalam program ini adalah judul buku, nombor pengelasan, nombor panggilan, nama pengarang dan lain-lain lagi.






No comments:

Post a Comment