Pada 11 Februari 2012,Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha(SMKDMT) tekah mengadakan sebuah majlis Jubli Emas.Sambutan majlis Jubli Emas ini diadakan bertujuan untuk meraikan penubuhan SMKDMT yang ke-50 tahun.Seramai 1436 pelajar SMKDMT dan99 guru yang terlibat dalam majlis ini bagi bersama-sama dapat meraikannya Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormati Dato’Mohd Kamit bin Abdul Aziz yang merupakan Adun kawasan Gemencheh.Tetemu –tetemu kehormati seperti Pegawai Pelajaran Nergeri Sembilan,Pegawai Pelajaran Daerah Tampin,ketua kampong serta pegawai-pegawai badan bukan kerajaan turut dijemput bagi memeriahkan majlis ini.
Sebelum majlis Jubli Emas berlangsung,pelbagai persiapan telah dilakukan oleh warga SMKDMT. Guru-guru dan para pelajar berkerjasama dan berganding bahu untuk membuat persiapan yang panita Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi , Bahasa Inggeris, Bahasa Malayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi menbuat persiapan untuk pameran yang akan diadakan. Selain itu, para pelajar dan guru-guru penasihat kelad Koperasi dan Usahawan serta persatuan-persatuan lain turut menghiaskan gerai jualan mereka supaya gerai jualan mereka kelihatan ceria. Sehari sebelum majlis diadakan, aktiviti gotong-royong diadakan pada waktu pagi. Guru-guru dan pera pelajar bagai aur dengan tebing bekerjasama membersihkan kawasan sekolah seperti padang, astaka, surau, kantin, blok-blok sekolah dan sebagai dan sebagainya. Aktiviti gotong-royong diadakan secara berkumpulan dan telah Berjaya diselesaikan dengan segera. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.30pagi hingga 9.00 pagi. Di samping itu, raptai persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar yang terlibat telah diadakan. Walaupun majlis tersebut masih belum berlangsung kemeriahannya telah pun dirasai. Suasana di sekolah meriah ketika persiapan dilakukan oleh para guru dan para guru pelajar.
Pada hari berlangsungnya majlis Jubli Emas, para pelajar dan para guru SMKDMT berbunyi tepat pada jem 7.20 pagi,para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. Guru bertugas pada minggu tersebut memberi taklimat kepada para pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pameran dan gerai jualan pergi ke tempat mereka bagi memastikan segala persiapan telah dilakukan. Gerai-gerai jualan telah didirikan di padang sekolah. Guru-guru dan pelajar-pelajar menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti laksa, nasi lemak, aiskrim, roti, kentang goring,air kotak, air berkarbonat dan sebagainya. Pelajar-pelajar bekerasama membeli jualan yang dijual oleh rakan-rakan mereka.Terdapat gerai komersial seperti Proton, Celcom, Syarikat insurans serta gerai-gerai yang dibuka oleh orang luar yang menjual baju dan barangan kraftangan. Di samping itu, pameran buku juga diadakan. Pelbagai jenis buku dijual kepada para pelajar. Para pelajar boleh menggunakan peluang ini untuk memilih dan membeli buku-buku rujukan yang diperlukan. Selian itu, aktiviti 1 Murid 1 Sukan turut diadakan dipadang sekolah. Para pelajar melibatkan diri dan menunjukan bakat mereka dalam aktiviti sukan seperti bola tampar, bola jarring, bola sepak dan sebagainya.
Acara perasmina diadakan pada pukul 9.45 pagi setelah Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil bin Abdul Aziz tiba di sekolah . Aluan kompang yang kuat kedengaran sebagai tanda kedatangan beliau yang akan merasmikan majlis yang amat bermakna ini. Para hadirin berdiri sebagai tanda hormat kepada hormat kepada Negara ketika menyanyikan lagu Negaraku. Pengetua telah menyampaikan ucapan beliau dengan menceritakan serba sedikit sejarah sekolah SMKDMT. Pencapaian sekolah yang semakin cemerlang amat membanggakan warga SMKDMT. Setelah Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil menyampai ucapan beliau, beliau telah merasmikan majlis Jubli Emas ini kira-kira jam 10.30 pagi.Pelancaran roket telah diadakan dengan melepaskan 50 buah roket yang merupakan simbolik 50 tahun penubuhan sekolah SMKDMT. 50 buah roket ini telah Berjaya dilepaskan oleh 50 orang pelajar dan dikawal oleh seorang guru iaitu Encik Baharuddin. Pelepasan roket ini telah mendapat tepukan yang gemuruh oleh para hadirin.Selapas itu, pelbagai jenis tarian di Malaysia telah dipersembahkan oleh para pelajar yang terdiri daripada tiga kaum pentina di Malaysia, iaitu Malayu Cina India. Para pelajar yang menari menghiaskan diri mereka dengan pakaian-pakaian tradisional seperti cheongsum,sari, baju kabaya dan lain-lain lagi.
Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil bin Aziz yang ditemuni oleh pengetua SMKDMT melawat ke tapak-tapak pameran untuk melihat hasil kerja para pelajar yang kneatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Para pelajar juga menunjukkan kemahiran komunikasi mereka dengan menerangkan tentang ilmu dan pameran yang mereka lakukan. Mereka turut melawat gerai jualan yang terdapat di padang sekolah. Kedengarajuga suara Cikgu Fridaus yang mengadakan cabutan bertuah dan menyampaikan lagu yang diminta oleh para pelajar. Suasana pada hari sambutan majlis Jubli Emas tersebut sungguh meriah.
Majlis Jubli Emas ini tempat pada pukul 4 petang. Ramai pelajar yang telah bersurai dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan pameran dan gerai jualan mula mengemas kawasan mereka supaya bersih seperti sedia kala. Majlis ini telah berjalan dengan lancer dan Berjaya dilangsungkan dengan meriahnya. Pelbagai ragan manusia dapat dilihat pada hari majlis ini berlangsung.Mjlis yang telah Berjaya dijalanlkan oleh para guru dan para pelajar SMKDMT ini menunjukan perfahaman dan kerjasama sebuah pasukan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat air kerana muafakat.
No comments:
Post a Comment